Karnival Gaya Hidup Digital PI Maxis Zon Kuching 2015
20 Disember 2015 | Aktiviti TerkiniPada 19 Disember 2015, PI Maxis Zon Kuching telah mengadakan Karnival Gaya Hidup Digital 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Telaga Air dan Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Kg. Telaga Air. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi, ADUN N4 Pantai Damai. Karnival ini telah disertai oleh komuniti tempatan, dan ahli-ahli PI Maxis Daerah Kuching, Bau dan Lundu.
Karnival tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan bersama komuniti tempatan, mempromosikan PI sebagai pusat sehenti masyarakat, kempen kesedaran kesihatan dalam masyarakat, memberi maklumat dan perkembangan ICT kepada masyarakat, membantu usahawan tempatan mempromosikan produk dan memberi maklumat tentang penggunaan Internet melalui Program Jelajah Jejak Digital.
Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran Agensi Kerajaan/NGOs dan gerai usahawan, pendaftaran ahli PI (Percuma), pemeriksaan Kesihatan & Derma Darah, persembahan Buskers, Jelajah Jejak Digital (pertandingan 'Mobile Photography', pertandingan Poster Klik Dengan Bijak, pertandingan Blog Usahawan, pertandingan Video PI dan ICT Explorace), pertandingan Masakan Berkhasiat dan juga pertandingan Sukaneka Keluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: