Kelas E-Learning & Website Bersama Pelajar Sekolah Kebangsaan St Patrick
13 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari 2018, Seramai 12 orang pelajar Sk St Patrick Kg Krokong telah mengikuti Kelas E-Learning dan Website yang telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Krokong. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para peserta akan kepentingan mengenali para pelajar dengan laman web pembelajaran atas talian iaitu VLE Frog sekolah iaitu 1BestariNet.
Di dalam kelas ini, segala penerangan dan perbincangan diadakan berdasarkan senario-senario berkaitan topik-topik E-Learning dan Website yang terdapat di dalam tayangan Microsoft Powerpoint. Antara topik-topik E-Learning dan Website yang telah disampaikan adalah seperti meningkatkan kemampuan para pelajar sekolah menggunakan capaian internet melalui pengenalan kepada laman carian google.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: