Kelas Basic ICT/KDB
08 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 07 Januari 2018, Seramai 2 orang peserta dari Kg Krokong telah mengikuti Kelas Basic ICT/KDB yang telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Krokong. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para peserta akan kepentingan mengenali asas tentang komputer.Memperkenalkan asas-asas komponen komputer seperti pakan kekunci, tetikus, Monitor, Papan Induk dan banyak lagi.
Di dalam kelas ini, segala penerangan dan perbincangan diadakan berdasarkan senario-senario berkaitan topik-topik Kelas Basic ICT/KDB yang terdapat di dalam tayangan Microsoft Powerpoint. Antara topik-topik Kelas Basic ICT/KDB yang telah disampaikan adalah seperti meningkatkan kemampuan para peserta mengetahui cara penggunaan komputer yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: