Kelas Basic Ict/basic / E-Learning
17 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2018 pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari Seramai 8 orang pelajar Tabika Kemas Kg Krokong telah mengikuti Kelas Basic Ict/basic / E-Learning yang telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Krokong. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para peserta akan kepentingan mengenali asas tentang komputer.Meningkatkan kemampuan para pelajar Tabika Kemas menggunakan komputer melalui pengenalan kepada asas komputer.Peserta terdiri daripada pelajar Tabika Kemas Kg Krokong. Selepas kelas pelajar diberi tayangan video animasi tentang pembelajaran huruf A-Z.
Di dalam kelas ini, segala penerangan dan perbincangan diadakan berdasarkan senario-senario berkaitan topik-topik Kelas Basic Ict/basic / E-Learning yang terdapat di dalam tayangan Microsoft Powerpoint. Antara topik-topik Kelas Basic Ict/basic / E-Learning yang telah disampaikan adalah seperti meningkatkan kemampuan para pelajar mengetahui komponen komputer dengan betul dan mendedahkan para pelajar agar mengenali asas komponen komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: