E-Kelas Subjek Inggeris Tahun 6
22 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun 2019 (Jumaat), telah di adakan eKelas Subjek Inngeris ini bagi minggu untuk pelajar Tahun 6 .Kelas ini berlangsung dari jam 3.00 petang sehingga 3.50 petang. Pada minggu ini pelajar akan bersama Cikgu eKelas secara live tutorial. Dalam eKelas ini, para peserta didedahkan dengan contoh-contoh soalan peperiksaan sebenar. Cikgu tersebut turut berkongsi tips-tips menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan betul.Selain itu, para pelajar juga membuat ulangkaji menggunakan Learning Port dimana mereka dapat mengakses nota-nota serta soalan-soalan berkaitan topik-topik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.Seramai 14 orang pelajar Tahun 6 yang hadir untuk ekelas subjek Inggeris ini.
Butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Pembelajaran subjek bahasa Inggeris secara live tutorial
- Memilih topik dan mengembangkan pengenalan penulisan esei anda.
- Penulisan esei kelas 1.
Terima kasih kepada pelajar yang terlibat.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: