E-Kelas Subjek Math & Sains Tahun 6
23 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2019 (Sabtu), telah di adakan eKelas Subjek Math & Sains ini bagi minggu untuk pelajar Tahun 6 .Kelas ini berlangsung dari jam 10.20 pagi sehingga 11.40 pagi.Pada minggu ini pelajar akan bersama Cikgu eKelas secara live tutorial. Dalam eKelas ini,Cikgu tersebut turut berkongsi tips-tips menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan betul.
Selain itu, para pelajar juga membuat ulangkaji menggunakan Learning Port dimana mereka dapat mengakses nota-nota serta soalan-soalan berkaitan topik-topik dalam matapelajaran Math & Sains.Cikgu juga telah memberi tugasan secara berkumpulan kepada pelajar.Seramai 7 orang pelajar Tahun 6 yang hadir untuk kelas ini. Terima kasih kepada pelajar yang terlibat.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: