Ekelas Subjek Inggeris Tahun 6
4 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mei 2019 (Jumaat), telah di adakan eKelas Subjek Inngeris ini bagi minggu untuk pelajar Tahun 6 .Kelas ini berlangsung dari jam 3.00 petang sehingga 3.50 petang. Pada minggu ini pelajar akan bersama Cikgu eKelas secara live tutorial. Dalam eKelas ini, para peserta didedahkan dengan contoh-contoh soalan peperiksaan sebenar. Cikgu tersebut turut berkongsi tips-tips menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan betul.Selain itu, para pelajar juga membuat ulangkaji menggunakan Learning Port dimana mereka dapat mengakses nota-nota serta soalan-soalan berkaitan topik-topik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
Kuiz atas talian pelbagai matapelajaran sekolah rendah melalui laman web quizizz.com turut dijalankan bagi pelajar Tahun 6..Seramai 14 orang pelajar Tahun 6 yang hadir untuk ekelas subjek Inggeris ini. Terima kasih kepada pelajar yang terlibat.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: