Hari Terbuka Pi Skio Bersama Komuniti
18 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Ogos 2019 (Sabtu) Pusat Internet Skio telah mengadakan Hari Terbuka bersama-sama dengan belia-belia dan penduduk sekitar Zon Serembu,Bau. Hari terbuka ini diadakan bagi merapatkan hubungan diantara PI Skio dengan masyarakat setempat dan membuat pendedahan kepada keselamatan dalam penggunaan internet. Pelbagai aktivit-aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program antaranya ialah pertandingan ICT Explorace, Uji minda, Kuiz Kemerdekaan & KDB menggunakan aplikasi Quizizz.com, Action Kamen dan aktiviti usahawan iaitu membuat beg fabrik.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Sibuluh bersama Komunti. Antaranya, Pusat Internet Skio, Pusat Internet Tjg. Bowang, Pusat Internet Krokong, Pusat Internet Bogag, Pusat Internet Serasot dan juga Pusat Internet Kampung Pandan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: