Kelas Membuat Akaun Email, Mengupload Video Ke Youtube Dan Vle Frog Bersama Pelajar Sk St Patrick Krokong
2 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 01 April 2019 (Isnin),Kelas proses pembelajaran alam maya "e-learning" atau Virtual Learning Environment (Frog VLE) dan Kelas membuat akaun email, mengupload video ke youtube telah dijalankan oleh En. Allen bersama cikgu-cikgu dari sekolah St Patrick.Kelas ini telah diadakan di Pusat Internet Krokong bermula dari jam 1:30 petang hingga 3:00 petang.
Pelajar akan mempelajar dan membuat latihan yang telah disediakan oleh guru masing-masing. Terdapat soalan peperiksaan dan kuiz untuk diselesaikan oleh para pelajar.Seramai 12 orang pelajar Sk St Patrick yang terlibat. Terima kasih kerana memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Krokong.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: