Norma Baharu Pusat Ekonomi Digital Krokong
19 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PI) Krokong yang beralamat di Dewan Masyarakat Krokong Bau, Sarawak merupakan antara kemudahan yang terdapat di kawasan Krokong dimana ianya berfungsi untuk memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan. PI juga turut menawarkan Latihan ICT kepada ahli Pusat Ekonomi Digital . Untuk menjadi ahli PI, anda hanya perlu mendaftar dengan bayaran serendah RM5 sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti & kelas yang akan dijalankan, anda boleh berkunjung ke PI Krokong. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti fotokopi, mencetak, laminate dan scan dengan harga yang berpatutan.
Kepada pelajar IPTA/IPTS yang menghadapi kesukaran untuk mengakses internet (Open & Distance Learning - ODL) ketika ini, anda dialu-alukan berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital Krokong. Pihak kami juga turut mempraktikkan SOP New Normal pandemik Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga bagi penularan wabak Covid-19. Pengguna Pusat Ekonomi Digital wajib memakai face mask, mempraktikkan penjarakan sosial 1 meter ketika berada dalam Pusat Ekonomi Digital , mengisi maklumat kehadiran pengguna atau mengimbas QR kod MySejahtera dan cek suhu, penggunaan hand sanitizer dan penggunaan komputer terhad kepada 5 pengguna pada satu masa. Jangan lupa untuk like dan follow kami di media sosial untuk maklumat terkini.
Facebook : https://www.facebook.com/pikrokong
Instagram : pikrokong
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: