Sesi PDPR Pelajar IPTA Dan Pelajar Sekolah Rendah
18 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mei 2021, seramai 6 orang pelajar IPTA dan seorang pelajar sekolah rendah telah menggunakan perkhidmatan wifi dan kemudahan komputer di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Krokong.Para pelajar ini datang ke PIK Krokong bertujuan untuk menjalani kelas secara dalam talian bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR).Para pelajar ini telah menggunakan perkhidmatan wifi dan kemudahan komputer selama 7 jam iaitu bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
Terima kasih kerana menggunakan fasiliti di PIK Krokong. Kepada semua warga kampung Krokong dan kampung berdekatan, kami berbesar hati menerima anda semua yang menghadapi masalah untuk sesi PDPR. Pelajar boleh menggunakan WIFI komuniti dan juga komputer di PIK Krokong dengan kadar yang murah. Hanya mendaftar sebagai ahli di PIK Krokong dan diberi percuma 1 jam sehari untuk penggunaan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: