Perkongsian Bertajuk Sinaran Potensi Diri Penyuluh Hala Tuju Hidup
9 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 08 Februari 2021 (Isnin),berlangsungnya perkongsian bertajuk Sinaran Potensi Diri Penyuluh Hala Tuju Hidup dimana ianya berkaitan dengan hala tuju para pelajar dan belia-belia untuk meneruskan kehidupan ke arah yang diingini dan diminati dan mencungkil potensi diri. Perkongsian ini disampaikan oleh Puan Nora Morshidi. Seramai 24 orang peserta mengikuti perkongsian yang dilakukan menggunakan aplikasi Zoom. Turut terlibat PIK Skio, PIK Tj. Bowang dan PIK Sibuluh. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: