Kelas Asas Ms Powerpoint Dan E-Learning
10 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 09 Mei 2021, telah diadakan sebuah Kelas Asas Ms Powerpoint Dan E-Learning bersama dengan seorang komuniti kampung krokong.
Di dalam kelas ini,beliau telah diajar tentang asas cara penggunaan microsoft powerpoint seperti cara membuat pembentangan slide yang betul.
Beliau juga turut diberi tunjuk ajar tentang cara mempelajari menggunakan aplikasi Zoom bagi tujuan mengajar pelajarnya secara atas talian dengan penggunaan Online Zoom Meeting ini. Oleh yang demikian, petugas PIK telah memberi tunjuk ajar cara mendaftar dan log masuk aplikasi Zoom dan mempelajari cara-cara menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut bagi tujuan pembentangan.
Semoga kelas ini bermanfaat kepada semua komuniti sekitar krokong ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: