Kelas DCS Tahun 6 Sk Puak
27 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 26 November 2021 (Jumaat),Kelas DCS atau Digital Competency Score adalah satu instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid-murid dalam tiga aspek iaitu teknologi, etika dan kognitif bagi pelajar tahun 6 dari Sk Puak telah diadakan di PEDi Krokong bermula dari jam 08:30 pagi hingga 10:30 pagi.Pelajar akan mempelajari dan membuat latihan yang telah disediakan secara dalam talian. Terdapat soalan kuiz yang perlu diselesaikan oleh para pelajar.Seramai 5 orang pelajar Tahun 6 dari Sk Puak yang terlibat. Terima kasih kepada semua pelajar dan guru dari Sk Puak yang terlibat kerana memanfaatkan kemudahan yang ada di PEDi Krokong.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: