Perkongsian Cara Penggunaan Aplikasi Sarawak Pay Dengan Kerjasama PIK Skio
19 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Komuniti Krokong telah berkolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital Komuniti Skio di dalam satu kelas secara dalam talian seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 18 Jun 2021 (Jumaat)
Masa: 10.30 pagi - 11.30 pagi
Topik: Perkongsian Cara Penggunaan Aplikasi Sarawak Pay Dengan Kerjasama PIK Skio.
Sarawak Pay merupakan applikasi e-wallet yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Sarawak. PIK Krokong dengan kerjasama PIK Skio telah mengadakan kelas berkaitan applikasi Sarawak Pay pada 18 Jun 2021 hari jumaat. Kelas ini sebagai perkongsian kepada umum berkaitan dengan kelebihan Sarawak Pay yang boleh kita guna dengan mudah dan selamat ketika melibatkan pembelian dan pembayaran secara dalam talian. Dengan keadaan pandemic Covid-19, kita sentiasa berhati-hati dan digalakkan menggunakan pembayaran secara atas talian ketika membuat apa-apa urusan tanpa perlu keluar rumah. Sesi kelas secara dalam talian ini telah membincangkan sub-topik di atas dengan padat dan penuh informasi untuk dijadikan sebagai informasi yang bermanfaat kepada pengguna aplikasi Sarawak Pay.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: