Program Dan Kajian Program KDB (Pengurusan Risiko Dalam Talian)
10 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2022, Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) & Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM & DigitalRACe, Universiti Malaya Living Lab telah menganjurkan Program Kajian Program KDB (Pengurusan Risiko Dalam Talian) dengan menggunakan platform Google Meet yang mana telah berkolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dalam Zon 3 (Sabah dan Sarawak).
Antara topik perkongsian di dalam program tersebut ialah:
a. Pengenalan Definisi Pengurusan Risiko Dalam Talian.
b. Menerangkan kepada peserta bagaimana untuk berurusan dalam online secara selamat.
c. Di samping itu, peserta di beri penerangan mengenai risiko dalam talian, oversharing , maklumat palsu dan penipuan kewangan.
d. Peserta di tekankan supaya menggunakan kemudahan dan kemajuan ICT secara positif , serta selidik terlebih dahulu maklumat yang di perolehi dan membimbing, mengawasi dan saling mengingati antara satu sama lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: