Kelas Advokasi E-Waste & Kuiz Advokasi (Kahoot)
16 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2022,hari ini, jam 11:30 pagi sehingga 12.30 petang telah diadakan kempen Advokasi (E-Waste) di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Krokong. Peserta diberi penerangan dan pendedahan tentang apa itu E-Sisa serta faktor-faktor yang utama E-Waste. Selain itu, peserta juga diterangkan lagi dengan implikasi pengurusan e-sisa yang tidak teratur yang akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan alam sekitar. Akhir sekali, peserta diminta menjawab kuiz secara atas talian menggunakan www.Kahoot.com untuk memantapkan pemahaman mereka tentang kempen Advokasi E-Waste.
Terima kasih diucapkan kepada semua para peserta yang telah terlibat dan diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi informasi baru dan pengetahuan berguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: