Sesi PDPR Pelajar Sekolah Menengah
22 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mac 2022, seorang pelajar sekolah menengah telah menggunakan perkhidmatan wifi dan komputer di Pusat Ekonomi Digital Krokong.Pelajar ini datang ke PEDi Krokong bertujuan untuk menjalani kelas secara dalam talian bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR).Pelajar ini telah menggunakan perkhidmatan wifi dan kemudahan komputer selama 3 jam iaitu bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.SOP tetap dipatuhi oleh semua pengunjung. Kepada pengunjung PEDi boleh buat temujanji terlebih dahulu dengan kakitangan PEDi sebelum datang ke PEDi.
Terima kasih kerana menggunakan fasiliti di PEDi Krokong. Kepada semua warga kampung Krokong dan kampung berdekatan, kami berbesar hati menerima anda semua yang menghadapi masalah untuk sesi PDPR. Pelajar boleh menggunakan WIFI komuniti dan juga komputer di PEDi Krokong dengan kadar yang murah. Hanya mendaftar sebagai ahli di PEDi Krokong dan diberi percuma 1 jam sehari untuk penggunaan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: