Kelas Membuat Kad Ucapan Menggunakan Canva
26 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2022, dua orang ahli PEDi Krokong telah mengikuti Kelas Membuat Kad Ucapan Hari Jadi Menggunakan Canva yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Krokong.
Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada platform reka bentuk grafik iaitu Canva (www.canva.com). Canva adalah satu aplikasi untuk reka bentuk grafik yang percuma dan boleh diakses dengan mudah melalui laman web atas talian atau melalui telefon mudah alih. Selain itu, Canva lebih mudah untuk dipelajari dan kerja-kerja reka bentuk grafik dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.
Antara topik berkaitan Canva yang diajar adalah:
- Pengenalan kepada Canva (www.canva.com)
- Pendaftaran akaun Canva
- Mengenali Menu dan Fungsi Canva
- Penggunaan Templates, Texts, Fonts, Colors, Images, Backgrounds, Layouts and Shapes
- Membuat Kad Ucapan Hari Jadi menggunakan Canva
- Memuat turun Kad Ucapan
Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari.
Terima kasih kerana menggunakan fasiliti di PEDi Krokong. Kepada semua warga kampung Krokong dan kampung berdekatan, kami berbesar hati menerima anda semua yang menghadapi masalah untuk sesi PDPR. Pelajar boleh menggunakan WIFI komuniti dan juga komputer di PEDi Krokong dengan kadar yang murah. Hanya mendaftar sebagai ahli di PEDi Krokong dan diberi percuma 1 jam sehari untuk penggunaan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: