Asas MS Word & Advokasi Check Your Label (CYL)
27 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 Februari 2022, empat orang ahli PEDi Krokong telah mengikuti Kelas Asas MS Word & Advokasi Check Your Label (CYL) yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Krokong.
Antara topik Kelas Asas MS Word & Advokasi Check Your Label (CYL) yang diajar adalah:
- Pengenalan kepada MS Word 2013 - Ribbon, Tabs & Backstage View
- Menaip dan memformat teks
- Memasukkan dan memformat gambar
- Page layout
- Indents and Tabs
- Line and Paragraph Spacing
- Lists
- Header, Footers, and Page Numbers
- Saving document
Selepas itu, advokasi Check Your Label (CYL) diadakan dengan tujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kepentingan memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih sebelum membelinya. Disamping itu, para peserta turut diberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan untuk menentukan kesahihan label MCMC yang terdapat pada peralatan komunikasi. Para peserta turut berpeluang untuk menyemak label MCMC pada telefon pintar mereka melalui laman web ecomm.sirim.my.
Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: