Asas Pengenalan Komponen Komputer & Kuiz Kahoot
27 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 Februari 2022, empat orang ahli PEDi Krokong telah mengikuti Kelas Asas Pengenalan Komponen Komputer & Kuiz Kahoot yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Krokong.
Antara topik Kelas Asas Pengenalan Komponen Komputer & Kuiz Kahoot yang diajar adalah:
- Pengenalan kepada Asas Pengenalan Komponen Komputer
- Mengetahui fungsi komputer
- Kuiz berkaitan komponen komputer
Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang.
Terima kasih kerana menggunakan fasiliti di PEDi Krokong. Kepada semua warga kampung Krokong dan kampung berdekatan, kami berbesar hati menerima anda semua yang menghadapi masalah untuk sesi PDPR. Pelajar boleh menggunakan WIFI komuniti dan juga komputer di PEDi Krokong dengan kadar yang murah. Hanya mendaftar sebagai ahli di PEDi Krokong dan diberi percuma 1 jam sehari untuk penggunaan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: