Kelas Multimedia(Canva) & E-waste
26 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Jun 2022,tiga orang ahli PEDi Krokong telah mengikuti Kelas Multimedia (Canva) & E-Waste yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Krokong.
Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada platform reka bentuk grafik iaitu Canva (www.canva.com). Canva adalah satu aplikasi untuk reka bentuk grafik yang percuma dan boleh diakses dengan mudah melalui laman web atas talian atau melalui telefon mudah alih. Selain itu, Canva lebih mudah untuk dipelajari dan kerja-kerja reka bentuk grafik dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.Selain itu,di dalam kelas ini, peserta tersebut telah didedahkan dengan sebuah Kelas Kesedaran Kitar Semula & E-Waste .
Antara topik berkaitan Canva & E-Waste yang diajar adalah:
- Pengenalan kepada Canva (www.canva.com).
- Pendaftaran akaun Canva.
- Mengenali Menu dan Fungsi Canva.
- Penggunaan Templates, Texts, Fonts, Colors, Images, Backgrounds, Layouts and Shapes.
- Membuat Poster menggunakan Canva
- Memuat turun Poster yang siap.
- Apa itu Kitar Semula?
- Amalan 3 R (Reduce, Reuse, Recycle)
- Kepentingan amalan kitar semula terhadap biodiversiti
- Apa itu E-Waste?
- Contoh barangan E-Waste
- Cara pelupusan E-Waste yang benar
Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 02.00 petang dan tamat pada pukul 05.00 petang.Terima kasih kerana menggunakan fasiliti di PEDi Krokong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: