Program Klik Dengan Bijak Bersama Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Puncak Permai Bau, Sarawak
27 November 2015 | Aktiviti TerkiniPada 26 November 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Krokong telah bekerjasama dengan PI Sibuluh dan PI Serasot mengadakan program Klik Dengan Bijak (KDB) bersama Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Puncak Permai Bau, Sarawak di Dewan Serbaguna Kampung Serasot. Program ini telah melibatkan belia kampung dan juga para jurulatih PLKN.
Tujuan utama program KDB ini adalah untuk mendidik para peserta supaya menggunakan internet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara Pusat Internet 1 Malaysia dan Pusat Latihan Khidmat Negara dan sekaligus dapat memudahkan urusan kerjasama antara pihak PI dan juga PLKN pada masa akan datang.
Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah KDB, tayangan video KDB, kuiz KDB, pameran dan pendaftaran alumni PLKN. Selain itu, para peserta terutamanya belia kampung juga berpeluang untuk bermain permainan rakyat yang telah disediakan oleh pihak PLKN.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: