Pengenalan Asas Komputer, Internet, MS Powerpoint dan MS Word
17 November 2016 | Aktiviti TerkiniPada 14-16 November 2016, Seramai 35 orang pelajar bersama guru pengiring dari SK St Patrick Krokong Bau telah mengikuti Kelas Pengenalan Asas Komputer, Internet, MS Powerpoint dan MS Word yang telah dijalankan di Pusat Internet Krokong. Kelas ini diadakan bagi pelajar tahun 6 dimana mereka baru sahaja melepasi ujian UPSR. Sehubungan itu kami memberi nama program ini sebagai “SMART IT Pasca UPSR”. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik dan memberi peluang kepada para pelajar untuk mengedali komputer dengan cara yang betul dan cara menggunakan pengetahuan yang mereka perolehi di PI untuk diaplikasi ketika mereka di alam bangku sekolah menengah kelak.
Antara topik-topik Pengenalan Asas Komputer, Internet, MS Powerpoint dan MS word yang telah disampaikan adalah seperti cara membuat jadual, cara mencari gambar dari “search engine” samada dari capaian google atau yahoo dan memasukkan gambar ke dalam dokumen dan kertas kerja bagi tujuan pembentangan. Mereka juga diajar cara untuk memasukkan musik dan video ke dalam slide pembentangan mereka. Mereka turut diberi peluang untuk membuat pembentangan secara kumpulan berdasarkan tajuk-tajuk yang telah dipilih.
Di penghujung program kami turut mengadakan aktiviti luar dimana aktiviti tersebut lebih kepada aktiviti Klik dengan Bijak dan penyampaian sijil kepada para pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: