Bengkel ICT dan Keusahawanan (Anjuran bersama UNIMAS)
24 November 2016 | Aktiviti TerkiniPada 21-23 November 2016, Seramai 25 orang usahawan dan Belia sekitar kawasan Krokong Bau telah mengikuti Bengkel ICT dan Keusahawanan anjuran bersama pihak UNIMAS yang telah dijalankan di Bilik Training Pusat Internet Krokong. Bengkel ini diadakan bagi mendedahkan usahawan tempatan dengan cara pemasaran produk secara online dan membuat Blog untuk pemasaran produk mereka. 3 orang kakitangan UNIMAS terlibat dalam penganjuran bengkel ini.
Antara topik-topik yang ditekankan ialah cara-cara menghasilkan blog yang mudah, kreatif dan menarik dengan menggunakan blogspot. Sepanjang 3 hari bengkel ini dijalankan, semua peserta diberi peluang untuk membuat blog sendiri dan membentangkan hasil blog mereka. Blog yang terbaik akan diberi hadiah sebagai memberi semangat kepada mereka untuk menghasilkan blog yang lebih baik dan kreatif.
Di penghujung bengkel ini semua peserta membentangkan hasil kerja mereka dan penyampaian hadiah kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: