Program ICT Bersama Usahawan Di Kampung Krokong
27 November 2014 | Aktiviti TerkiniPusat Internet (PI) Krokong telah mengadakan Program ICT Bersama Usahawan Di kampung Krokong yang bertempat di Bilik Training PI krokong. Program ini telah diadakan pada 26 November 2014, dari jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 petang. Seramai 5 orang peserta telah mengikuti program ini. Majoriti peserta terdiri daripada usahawan tempatan yang baru berjinak ke dalam dunia perniagaan. Antara pengisian program tersebut ialah Sesi pengenalan diri (Ice Breaking), Objektif Program Usahawan, Pengenalan kepada Asas Usahawan, Pengenalan kepada Menjana Idea perniagaan, membuat akaun Email (Gmail) dan terakhir sekali ialah membuat blog.
Pengisian Program tersebut dijalankan pada permulaan kelas kerana ia adalah pengenalan kepada seseorang usahawan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka secara atas talian. Untuk menjadi seorang Usahawan, seseorang tersebut harus faham maksud usahawan, risiko yang perlu usahawan hadapi dan peranan usahawan itu sendiri. Bahkan seseorang yang berminat untuk memulakan perniagaan harus membuat pertimbangan jenis perniagaan yang mereka ingin jalankan dengan mengambil kira banyak faktor agar tidak merugikan suatu hari nanti. Hal ini kerana sesuatu perniagaan akan berjaya sekiranya produk atau perkhidmatan yang mereka sediakan dapat memenuhi keperluan dan kehendak komuniti di persekitarannya.
Kami juga mengajar para peserta untuk membuat akaun Email agar mudah untuk mereka berurusan dengan pelanggan dan pengedar dalam memudahkan urusan jual beli selain menggunakan talian telefon. Malah email amat penting untuk membuat website perniagaan, blog(blogger) dan laman sosial. Selain itu, kami ingin memaklumkan kepada usahawan bahawa Blog juga merupakan salah satu medium yang amat penting dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka secara percuma selain menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Semasa kelas dijalankan para peserta diminta untuk membuat sendiri Blog perniagaan masing-masing. Mereka diminta untuk memuat turun gambar produk dan perkhidmatan mereka ke dalam blog yang mereka telah cipta.
Para peserta amat gembira dan ingin meneruskan kelas usahawan pada masa akan datang. Mereka juga diminta untuk mengemaskini blog dari semasa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: