Hari Terbuka PI KROKONG Gabungan bersama Tabika KEMAS Krokong
29 Ogos 2014 | Aktiviti TerkiniHari terbuka kali ini lebih fokus kepada tema kemerdekaan. Dimana para pelajar dan ibu bapa diberi aktiviti atau tugasan yang berkaitan dengan kenegaraan seperti melakukan kolaj bendera malaysia oleh para pelajar, puzzle online iaitu gambar sejarah kemerdekaan, soalan kuiz kemerdekaan online dan offline yang dilakukan oleh ibu bapa dan ahli PI yang terlibat, perarakaan kemerdekaan bersama pelajar dan peserta, KDB dan banyak lagi
Kebaikan Aktiviti :
- Dapat membina dan mengukuhkan hubungan sosial antara para petugas PI setempat dengan komuniti sekeliling dan komuniti dari kampung terlibat
- Kolaj bendera Malaysia: Aktiviti membuat kolaj bendera malaysia ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara sesama pelajar dan sikap kesabaran dalam diri mereka.
- Puzzle online: Aktiviti ini dibuat untuk menguji kemahiran asas komputer para peserta dan kemahiran berfikir mereka dalam menyusun gambar kemerdekaan tersebut. Dalam masa yang sama menilai sikap kerjasama antara setiap peserta dalam kumpulan tersebut.
- Klik Dengan Bijak: Program ‘Klik dengan Bijak’ ialah satu inisiatif SKMM untuk mendidik masyarakat mengenai penggunaan Internet secara positif. Sehubungan dengan itu, kelas KDB ini amat menitik berat penyertaan kepada ahli PI dan komuniti yang menggunakan internet dalam kehidupan harian.
- Soalan Kuiz kemerdekaan: Tugasan ini diberi untuk menguji kesedaran dan tahap pemahaman mereka tentang kemerdekaan dan sejarah Malaysia serta tokoh kemerdekaan.
- Perarakan kemerdekaan: Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat kemerdekaan dikalangan para ibu bapa, pelajar dan komuniti setempat agar menghargai erti kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: