Pengenalan Asas Komputer/Internet/Animation
10 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniPada 9 Ogos 2016, Seramai 14 orang pelajar Tabika Kemas kampung Krokong telah mengikuti Kelas Pengenalan Asas Komputer/Internet/Animation yang telah dijalankan di Pusat Internet Krokong. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para peserta akan kepentingan mengenali asas komponen komputer dan cara penggunaannya.
Di dalam kelas ini, segala penerangan dan perbincangan diadakan berdasarkan senario-senario berkaitan topik-topik Pengenalan Asas Komputer/Internet/Animation yang terdapat di dalam tayangan Microsoft Powerpoint. Antara topik-topik Pengenalan Asas Komputer/Internet/Animation yang telah disampaikan adalah seperti cara penggunaan internet,mengenali asas komponen komputer dan colouring.
Secara teknikal komputer sebagai alat pengiraan. Tetapi komputer berbeza dengan alat lain kerana ia boleh diaturcarakan. Maksud aturcara salah satu set arahan logik yang tersusun untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugas. Oleh itu, Komputer bolehlah dimaksudkan sebagai satu alat eletronik yang mendapat menerima satu set aturcara yang dibina untuk melaksanakan sesuatu tugas. Ia dapat menerima dan menyimpan data dan memproses data yang disimpan mengkut arahan tertentu dan seterusnya menghasikan output kepada pengguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: