Kelas Membuat Poster (Microsoft Word)
14 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniPada 13 Ogos 2016, Seramai 10 orang peseta dari kampung Krokong telah mengikuti Kelas Membuat Poster dengan menggunakan microsoft word yang telah dijalankan di Pusat Internet Krokong. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para peserta akan cara-cara membuat poster dengan menggunakan microsoft word.
Di dalam kelas ini, segala penerangan dan perbincangan diadakan berdasarkan senario-senario berkaitan cara-cara membuat poster menggunakan microsoft word yang telah ditayangkan melalui papan skrin.
Antara topik-topik Kelas Membuat Poster yang telah disampaikan adalah seperti cara-cara memasukkan background colour,pengguaan font yang sesuai digunakan untuk membuat poster,font size,insert picture dan bold.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: