Kelas Sains (Perkembangan Janin Bayi)
24 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2016, Seramai 15 orang pelajar Tabika Kemas dari kampung Krokong telah mengikuti Kelas Sains(Perkembangan Janin Bayi) yang telah dijalankan di Pusat Internet Krokong. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para pelajar mengetahui bagaimana proses perkembangan bayi sepanjang tempoh kehamilan. Di dalam kelas ini, segala penerangan dan perbincangan diadakan berdasarkan senario-senario berkaitan tentang perkembangan janin bayi yang telah ditayangkan melalui papan skrin. Antara keterangan yang telah disampaikan adalah seperti pertumbuhandan perkembangan janin bayi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: