Program Klik Dengan Bijak (KDB) di Kampung Serasot, Bau Sarawak
24 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mei 2015, PI Krokong telah mengadakan program Klik Dengan Bijak (KDB) di Dewan Serbaguna Kampung Serasot, Bau Sarawak bersama dengan PI Serasot dan PI Sibuluh. Program ini merupakan satu progam sampingan yang dijalankan sempena Hari Terbuka Gawai PI Serasot, dan seramai 80 orang peserta direkodkan telah mengikuti program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik dan melahirkan pengguna yang celik dan waspada terhadap penggunaan komputer dan internet, mewujudkan persekitaran yang selamat serta rasa tanggungjawab di kalangan pengguna internet. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa program ini adalah Ceramah KDB dan juga Tayangan Video Pendek KDB.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: