Program Klik Dengan Bijak (KDB) di SK Stungkor, Lundu Sarawak
7 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mei 2015, hari Rabu, PI Krokong telah mengadakan program Klik Dengan Bijak (KDB) di SK. Stungkor, Lundu Sarawak bersama dengan PI Serasot, PI Sibuluh dan PI Stungkor Baru. Program ini telah melibatkan peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar Tahun 4, 5 dan 6 serta guru-guru SK. Stungkor Baru. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik dan melahirkan pengguna yang celik dan waspada terhadap penggunaan komputer dan internet, mewujudkan persekitaran yang selamat serta rasa tanggungjawab di kalangan pengguna internet. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa program ini adalah Ceramah KDB, Tayangan Video Pendek KDB serta Aktiviti Pengenalan KDB iaitu "Betul Ke Bohong".
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: