Kelas Bersama Murid-Murid Tabika
7 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniKelas Bersama Murid-Murid Tabika Kemas Kpg. Serasot 6 Mac 2015, hari Jumaat bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari dan bertempat di PI Serasot. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk keyakinan diri para pelajar untuk berani menjawab soalan yang diberikan oleh guru dan petugas PI selain menggalakkan murid Tabika KEMAS menggunakan PI sebagai salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti luar sekolah. Kelas ini telah dihadiri oleh sebanyak 12 orang murid Tabika KEMAS Kpg. Serasot dan Pn. Josie Anak Asin yang merupakan guru Tabika KEMAS Kpg. Serasot. Kelas ini dikelolakan oleh Francisca Anak Nijit, Pengurus PI Krokong, Cik Kollisa Anak Johia, Pengurus PI Serasot dan Cik Viviana Ak. Karek, Penolong Pengurus PI Krokong, dan. Di dalam kelas ini, murid-murid Tabika KEMAS Kpg. Serasot diajar huruf dan nombor oleh petugas PI. Murid-murid juga diminta dan digalakkan untuk berani tampil kehadapan untuk menjawab soalan yang diberikan. Disamping itu, murid-murid juga diminta untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari pada sesi pembelajaran di PI yang lepas iaitu komponen asas komputer. Selain itu, sesi menari dan menyanyi juga diselitkan sebagai aktiviti sokongan dalam kelas yang diadakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: