Kisah Kejayaan
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI Krokong - Puan Belinda Dewing
Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, Puan Belinda Dewing, telah mendaftar sebagai ahli di PI pada tahun 2016 dan mula menyertai kelas ICT yang dianjur oleh pihak PI Krokong. Di situlah beliau mempelajari modul pembelajaran yang disediakan, seperti asas komputer, pengenalan internet, membuka dan mendaftar akaun e-mel seperti gmail dan telah membuka sebuah blog untuk perniagaan kraftangan manik yang beliau usahakan.
Puan Belinda juga telah berjaya mengikuti bengkel ICT dan keusahawanan anjuran PI Krokong dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diadakan selama 3 hari berturut-turut untuk menambah pengetahuan beliau dalam pemasaran dan cara mepromosikan perniagaan kraftangan maniknya. Semasa mengikuti kelas tersebut belaiu telah berjaya menghasilakn sebuah blog perniagaan beliau yang diberi nama “Beading and Craft”. Selain menggunakan Blog sebagai medium untuk memperkenal, mempromosi dan menjual hasil produk kraftangan belaiu, puan Belinda juga menggunakan Facebook page.
Selain daripada itu, beliau juga sering berkunjung ke PI untuk mengemaskini akaun Facebook page beliau termasuk blog perniagaan memandangkan terdapat kekangan untuk mengekses internet di rumah. Dengan adanya PI sebagai tempat untuk beliau mengakses internet, pihak PI krokong turut menyediakan sudut keusahawanan untuk usahawan seperti puan Belinda untuk menjual kraftangan beliau di dalam PI. Beliau juga tidak ketinggalan mengadakan pameran diluar anjuran pihak kerajaan dan NGO.
Usahawan Online Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI Krokong - Shahradhi Libiki Bin Iskandar Ridhuan
Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya,Shahradhi Libiki Bin Iskandar Ridhuan, telah mendaftar sebagai ahli di PI pada tahun 2017 dan mula menyertai kelas ICT yang dianjur oleh pihak PI Krokong. Di situlah beliau mempelajari modul pembelajaran yang disediakan, seperti asas komputer, pengenalan internet, membuka dan mendaftar akaun e-mel seperti gmail dan telah membuka sebuah Fb Page untuk perniagaan Pengusaha Tempat Penginapan dan Rekreasi yang beliau usahakan.Beliau mula mengusahakan tempat penginapan dan rekreasi pada tahun 2017 ini.
Encik Shahradhi Libiki Bin Iskandar Ridhuan juga telah berjaya mengikuti bengkel ICT dan keusahawanan anjuran PI Krokong untuk menambah pengetahuan beliau dalam pemasaran dan cara mepromosikan Tempat Penginapan dan Rekreasinya. Semasa mengikuti kelas tersebut belaiu telah berjaya menghasilkan sebuah Fb Page perniagaan beliau yang diberi nama “Libiki Bamboo Resort/Shahradhi Libiki”.
Selain daripada itu, beliau juga sering berkunjung ke PI untuk mengemaskini akaun Facebook page beliau memandangkan terdapat kekangan untuk mengekses internet di rumah. Dengan adanya PI sebagai tempat untuk beliau mengakses internet.Dengan membuka sebuah Facebook Page ia mampu menambah kemahiran saya menggunakan komputer dan dapat mempromosikan tempat penginapan dan rekreasi nya.
Usahawan Online Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI Krokong - Puan Tchong Maglip
Puan Tchong Maglip mula mengusahakan kedai makan sejak tahun 2013. Beliau bersama suami (En. Peter) yang merupakan pesara tentera mula berjinak dalam membuka kedai makan setelah mendapati terdapat keperluan di sekitar kampung Krokong. Selain membuka kedai makan, Puan Tchong Maglip turut mengusahakan kraftangan manik dan Kristal secara kecil-kecilan dimana kebanyakan pembeli di sekitar Daerah BauPuan Tchong Maglip telah mendaftar sebagai ahli di PI pada tahun 2016.Beliau tidak mempunyai asas pengetahuan komputer dan mula menyertai kelas ICT yang dianjur oleh pihak PI Krokong.
Di situlah beliau mempelajari modul pembelajaran yang disediakan, seperti asas komputer, pengenalan internet, membuka dan mendaftar akaun e-mel seperti gmail dan telah membuka sebuah Fb Page untuk perniagaan yang beliau usahakan.Beliau mula mengusahakan kraftangan manik dan Kristal pada tahun 2016. Puan Tchong Maglip juga telah mengikuti beberapa buah kelas ICT dan Keusahawanan di PI1M Krokong, saya bertambah mahir menggunakan komputer disamping meningkatkan ilmu saya dari segi mempromosikan produk saya dalam talian. Semasa mengikuti kelas keusahawanan di PI1M krokong, saya telah diajar untuk membuka sebuah Blog perniagaan saya. Selain itu saya juga mempunyai Facebook Page untuk mempromosikan kedai makanan kami iaitu MP Pungguk café.
Selain daripada itu, beliau juga sering berkunjung ke PI untuk mengemaskini akaun Facebook page beliau memandangkan terdapat kekangan untuk mengekses internet di rumah. Dengan adanya PI sebagai tempat untuk beliau mengakses internet.Dengan membuka sebuah Facebook Page ia mampu menambah kemahiran nya menggunakan komputer dan dapat mempromosikan kraftangan manik dan Kristal dan kedai makanannya.