Maklumat Kominiti
Ringkasan
Daerah Bau merupakan salah satu daripada 28 daerah yang terdapat di Sarawak. Daerah Bau terletak di dalam Bahagian Kuching, kira-kira 35 kilometer mengikut jalan raya dari Kuching. Daerah Bau mempunyai keluasan 884.40 kilometer persegi, dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Berdasarkan banci penduduk pada tahun 2010, penduduk di Daerah Bau telah mencapai 54,246 orang. Daerah Bau yang dahulunya dekenali sebagai Pekan Bau merupakan sebuah pekan sederhana yang ditubuhkan oleh pelombong-pelombong Cina dari Sambas, Indonesia pada awal abad ke-19.
Pada awal abad ke-19, Pekan Bau terkenal dengan aktiviti perlombongan, kini menjadi tanah bekas lombong. Terdapat beberapa jenis penggunaan tanah bekas lombong, salah satunya ialah dijadikan tempat rekreasi. Tapak Tai Parit yang besar, kini dikenali sebagai Tasik Biru. Tasik ini dijadikan sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik di Sarawak. Pekan Bau bukan sahaja dikunjungi oleh pelancong, tetapi juga menjadi pusat pentadbiran tempatan dan memberi pelbagai jenis perkhidmatan kepada kawasan luar bandar di sekelilingnya.
Populasi
Jumlah penduduk Kampung Krokong ialah seramai 6,300 orang. Majoriti penduduk Kampung Krokong berbangsa Bidayuh diikuti dengan Cina, Melayu dan Iban. Keseluruhan rumah yang dihuni oleh penduduk Kampung Krokong ialah 1,052 buah rumah. Keistimewaannya, penduduk kampung masih lagi mengamalkan kehidupan kampung yang penuh dengan nilai-nilai murni seperti semangat kejiranan, tolong-menolong, persefahaman dan menghormati budaya berbilang bangsa. Sesuatu yang unik, kebanyakan penduduk kampung mempunyai pertalian persaudaraan dan tinggal berdekatan di antara satu sama lain. Faktor kekeluargaan inilah yang menjadikan hubungan di antara mereka terjalin dengan lebih erat.
Parlimen
Nama : YB Tuan Willie Anak Mongin
Jawatan dalam Kabinet : Tiada
Parti : PH - PKR
Parlimen : P198 Puncak Borneo
Kawasan : Puncak Borneo
No. Telefon : 012-3701988
No. Fax : -
E-Mail : puncakborneo198@gmail.com
Alamat Surat-menyurat : No. 8, Sinaruh Hill, Kpg Bratan, Batu 16, Jalan Puncak Borneo,93250 Kuching, Sarawak
DUN
Kawasan Pilihanraya : DUN N.18 Serembu
Nama : YB Encik Miro Anak Simuh
Jawatan : Tiada
Parti : Parti Pesaka Bumiputra Bersatu – PBB (BN)
No. Telefon (Kediaman) : 082-764 163
No. Fak : 082-763 278
Email : Miro7163@gmail.com
Alamat : Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat,DUN N.18 SerembuLot 1397, Tingkat 1,Taman Indah Fasa 1, Jalan Bau-Kuching,94000 Bau, Sarawak.
Penghulu / Ketua Kampung
Nama Ketua Masyarakat : Michael Dihoi Anak Nyawen
Jawatan : Penghulu
Bidang Kuasa / Kawasan : Kpg. Krokong, Kpg. Tringgus dan Kpg. Gumbang
No. Telefon : 013 – 810 7570
JKKK
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Krokong memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam memastikan projek-projek pembangunan kampung berjalan dengan lancar. Perjumpaan bersama penduduk kampung sering diadakan bagi mengenal pasti pelbagai masalah dan cara mengatasinya. Aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan seperti bergotong-royong kerap juga dianjurkan bagi membersihkan kawasan kampung. Penganjuran Majlis keraian bersempena perayaan Hari Gawai Dayak, Hari Natal dan Hari Raya Aidifitri juga di adakan bagi mengeratkan lagi hubungan baik di kalangan penduduk kampung.