Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Gelanggang Futsal 1Malaysia Kpg. Krokong
Terdapat juga gelanggang Futsal 1Malaysia yang beroperasi pada setiap hari, dan tiada bayaran kemasukan dikenakan.
Gua Pari-Pari / Fairy Cave
Gua Pari terletak lebih kurang 8 km daripada Bandar Bau dan 2 km dari Pusat Ekonomi Digital Krokong. Ianya dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah cerita dongeng tempatan. Kaum Bidayuh percaya bentuk-bentuk batu yang seakan-akan menyerupai bentuk manusia asalnya dahulu adalah manusia. Disebabkan kekejaman mereka kepada sepasang anak yatim, penduduknya telah disumpah menjadi batu.
Kawasan sekitar Gua Pari-Pari / Fairy Cave
Kaum Cina pula telah membina beberapa buah makam di dalam gua tersebut di samping beberapa buah patung Buddha. Selain itu, Gua ini juga telah diwartakan sebagai salah satu Taman Rimba dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain oleh Jabatan Hutan Negeri.
Turn Red Mini Zoo & Café, BAU
Turn Red Mini Zoo & Café merupakan salah satu tempat yang harus dilawati oleh para pelancong. Selain mempunyai haiwan dan binatang yang boleh dilihat, ia juga merupakan tempat untuk menjamu selera.
Krokong Homestay
Krokong Homestay terletak di Kampung Krokong Peros, Bau. Ia menawarkan pelbagai pakej penginapan menarik untuk para pengunjung. Selain itu, setiap pakej yang ditawarkan mengandungi aktiviti-aktiviti seperti jungle trekking, rock climbing, lawatan ke Gua Pari-pari, membeli-belah di Pasar Serikin, aktiviti kebudayaan dan lain-lain aktiviti yang bergantung kepada minat pengunjung. Disamping itu, pengunjung juga diberi kesempatan untuk merasai sendiri budaya dan cara hidup masyarakat Bidayuh. Krokong Homestay juga telah diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.