Pendidikan
Tabika KEMAS Kg. Krokong, Bau
Tabika KEMAS Kg. Krokong mempunyai seorang guru dan seorang Pembantu Guru. Selain itu, ia juga mempunyai 11 orang pelajar disini yang terdiri daripada 10 lelaki dan 1 perempuan bagi Sesi Persekolahan Tahun 2015.
SK. St. Patrick Krokong, Bau
Sekolah Kebangsaan St. Patrick telah ditubuhkan pada Januari 1952. Sehingga kini, SK St. Patrick mempunyai 6 buah kelas, sebuah bilik serbaguna, sebuah Pusat Sumber dan makmal komputer. Manakala tenaga pekerjanya terdiri dari 15 kakitangan akademik dan 4 staf sokongan iaitu seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Pengasuh Murid, seorang Pembantu Rendah Am dan seorang Pembantu Am Rendah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Lake, Bau
SMK Lake telah ditubuhkan pada Januari 1966. Pembukaan rasmi sekolah dilakukan oleh Gabenor Sarawak (kini dikenali sebagai TYT yang Dipertua Negeri) iaitu Allahyarham Tun Abang Haji Openg pada 12 April 1968. Kini, SMK Lake telah berkembang pesat sebagai salah sebuah sekolah menengah yang terkenal bagi kategori luar bandar, dengan bilangan pelajar melebihi dua ribu orang dan bilangan guru dan staf sokongan melebihi seratus dua puluh orang. SMK Lake sering juga menjadi salah satu tempat lawatan oleh rombongan daripada pelbagai pihak dari dalam negeri mahu pun dari luar negeri.