Program Intel, Keusahawanan dan Klik Dengan Bijak
18 Oktober 2015 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2015, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Krokong dengan kerjasama PI Sibuluh dan PI Serasot telah mengadakan program Intel dan Keusahawanan bertempat di Bilik Latihan PI Serasot. Program ini telah melibatkan peserta-peserta yang terdiri daripada belia kampung.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para peserta kepada keusahawanan, meningkatkan daya saing keusahawanan dan pembangunan rancangan pemasaran, memberi kemahiran pengurusan operasi perniagaan dan perancangan pengeluaran dan sumber kepada para peserta, dan memberi pendidikan kepada para peserta sebagai pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan tanggungjawab dalam mewujudkan persekitaran internet yang selamat
Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah Program Intel dan Keusahawanan, sesi soal jawab dan kuiz keusahawanan. Tayangan video keusahawanan turut diselitkan untuk memberikan pemahaman kepada peserta. Di samping itu, para peserta turut diberikan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu tips-tips keselamatan penggunaan internet secara positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: