Kelas Ms Word(Surat Rasmi & Surat Tidak Rasmi)/KDB
19 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2018, Seramai 2 orang peserta dari Kg Krokong telah mengikuti Kelas Ms Word(Surat Rasmi & Surat Tidak Rasmi)/KDB yang telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Krokong. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para peserta akan kepentingan mengenali cara membuat surat rasmi dan surat tidak rasmi dengan betul. Memperkenalkan asas-asas komponen komputer seperti pakan kekunci, tetikus, Monitor, Papan Induk dan banyak lagi.Memperkenalkan asas microsoft word seperti font size,font colour,bold,font change,dan cara memasukan tables.Peserta terdiri daripada kaum ibu dan suri rumah. Selepas kelas peserta diberi taklimat KDB dan tayangan video.
Di dalam kelas ini, segala penerangan dan perbincangan diadakan berdasarkan senario-senario berkaitan topik-topik Kelas Ms Word(Surat Rasmi & Surat Tidak Rasmi)/KDB yang terdapat di dalam tayangan Microsoft Powerpoint. Antara topik-topik Kelas Ms Word(Surat Rasmi & Surat Tidak Rasmi)/KDB yang telah disampaikan adalah seperti meningkatkan kemampuan para peserta mengetahui cara penggunaan komputer yang betul dan mendedahkan para peserta untuk membuat surat rasmi dan surat tidak rasmi dengan betul. Selain mengetahui cara mengendalikan komputer peserta juga harus mengetahui komponen-komponen yang terdapat dalam komputer tersebut dan fungsinya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: