E-Kelas Subjek Inggeris Tingkatan 4 & 5
20 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2019 (Jumaat), telah di adakan eKelas Subjek Ingeris ini bagi minggu untuk pelajar Tingkatan 4 & 5 .Kelas ini berlangsung dari jam 5.10 petang sehingga 6.00 petang.Dalam eKelas minggu ini, para peserta mempelajari matapelajaran Bahasa Inggeris yang dijalankan secara live tutorial bersama guru eKelas. Dalam kelas ini, para peserta didedahkan dengan contoh-contoh soalan peperiksaan sebenar. Cikgu tersebut turut berkongsi tips-tips menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan betul. Selain itu, para peserta juga menjalankan aktiviti berkumpulan untuk bagi memastikan mereka faham tentang topik yang telah diajar.
Para peserta yang terlibat turut berpeluang membuat ulangkaji melalui portal eKelas dan Learning Port dimana mereka dapat mengakses nota serta soalan-soalan bagi matapelajaran Bahasa Inggeris dan memanfaatkannya sebagai sumber rujukan tambahan bagi matapelajaran tersebut.Seramai 6 orang pelajar Tingkatan 4 & 5 yang hadir untuk ekelas subjek Inggeris ini. Terima kasih kepada pelajar yang terlibat.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: