Kelas Vle Frog Tahun 4 Sk St Patrick Bau
4 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 03 April 2019 (Rabu),Kelas proses pembelajaran alam maya "e-learning" atau Virtual Learning Environment (Frog VLE) telah diadakan di Pusat Internet Krokong bermula dari jam 12:00 tengahari hingga 1:00 petang. Pelajar akan mempelajar dan membuat latihan yang telah disediakan oleh guru masing-masing.
Terdapat soalan peperiksaan dan kuiz untuk diselesaikan oleh para pelajar. Seramai 13 orang pelajar Sk St Patrick yang terlibat. Terima kasih kepada Cikgu Marson dan pelajar tahun 4(Kumpulan A) yang terlibat.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: