Ceramah Klik Dengan Bijak & Advokasi Mobile e-Waste dan Check Your Label bersama Ketua Masyarakat di Daerah Bau
4 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mei 2019 (Jumaat), telah di adakan Ceramah Klik Dengan Bijak & Advokasi Monile e-Waste dan Check Your Label bersama Ketua Masyarakat Daerah Bau bertempat di Lobuh Bau bersempena dengan Karnival Bau Gawai Sales. Seramai 50 orang yang terdiri daripada Ketua Kaum, Ketua Masyarakat mengikuti ceramah berkenaan.
Objektif ceramah :
Pusat Internet Daerah Bau komited dalam memastikan masyarakat di sekelilingnya sentiasa melayari internet secara selamat. Justeru, ia telah melaksanakan inisiatif dengan mengadakan Ceramah Klik Dengan Bijak dan Advokasi kepada seramai 50 orang yang terdiri daripada Penghulu, Pemanca dan Ketua Kampung dari Daerah Bau bersempena Jualan Gawai Bau 2019 di Lobuh Bau, di sini hari ini.
Antara topik yang disampaikan adalah Cyber Grooming, Love Scam, Macau Scam, eWaste, Portal SEBENARNYA.MY, penerangan mengenai eKelas, ‘Check your label’ dan kuiz atas talian menggunakan QUIZZIZ.com. Objektif ceramah yang sudah sering diadakan sebelum ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baharu. Selain itu adalah bagi memberi pendidikan kepada para pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat bagi pengguna ketika melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: