Design Your Life Purpose
22 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Disember 2021,dua orang pelajar sekolah rendah telah menggunakan perkhidmatan wifi di PEDi Krokong.Pelajar ini datang ke PEDi Krokong bertujuan untuk mengikuti program secara dalam talian yang bertajuk Design Your Life Purpose dan penceramahnya untuk program tersebut iaitu Puan Nora Morshidi.Para pelajar ini telah menggunakan perkhidmatan wifi selama 2 jam iaitu bermula dari pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.SOP tetap dipatuhi oleh semua pengunjung. Kepada pengunjung PEDi boleh buat temujanji terlebih dahulu dengan kakitangan PEDi sebelum datang ke PEDi. Hanya 5 orang pengunjung dibenarkan masuk pada satu-satu masa. Hanya urusan penting dibenarkan.
Terima kasih kerana menggunakan fasiliti di PEDi Krokong. Kepada semua warga kampung Krokong dan kampung berdekatan, kami berbesar hati menerima anda semua yang menghadapi masalah untuk sesi PDPR dan yang ingin menjalani sesi latihan di PEDi Krokong. Pelajar boleh menggunakan WIFI komuniti dan juga komputer di PEDi Krokong dengan kadar yang murah. Hanya mendaftar sebagai ahli di PEDi Krokong dan diberi percuma 1 jam sehari untuk penggunaan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: