Prospek Kerjaya Sebagai Usahawan Digital E-Dagang Bersama Pengasas Timogah, En. Heineken
28 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniProspek Kerjaya Sebagai Usahawan Digital E-Dagang Bersama Pengasas Timogah, En. Heineken
- Tarikh: 27 Jun 2021 (Ahad)
- Masa: 2.30 petang
- Topik: Prospek Kerjaya Sebagai Usahawan Digital E-Dagang
MDB Talk Series merupakan sebuah program baru yang dianjurkan oleh pihak FB Page MDB di bawah kelolaan Pusat Ekonomi Digital Komuniti di Daerah Bau sebagai platform untuk menampilkan dan berkolaborasi bersama pihak luar / industri dalam menghasilkan perbincangan mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi / inovasi, keusahawanan dan lain-lain.Program Bual Bicara ini telah mengetengahkan isu penggunaan aplikasi Multimedia di dalam musim PDPR dan juga pendedahan mengenai beberapa jenis teknologi Multimedia.
Timogah atau dikenali juga sebagai Timogah.com merupakan satu-satunya laman sesawang yang menjual hasil hutan dan pertanian Borneo dan turut menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah atau pejabat setiap hari.
Sesi program Bual Bicara ini telah membincangkan sub-topik di atas dengan padat dan penuh informasi untuk dijadikan sebagai informasi yang bermanfaat kepada pengguna laman sosial. Sesi ini turut mempunyai sesi Q&A di penghujung program di mana pengguna laman sosial mengajukan soalan-soalan dari ruangan komen Facebook.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: