Sembang Digital Menarik Di Bau bersama Pusat Ekonomi Digital Komuniti Di Daerah Bau: Pembangunan Aplikasi dan Web
23 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Komuniti di daerah Bau telah menganjurkan sebuah program Bual Bicara Santai yang dikenali sebagai slot Sembang Digital bersama di bawah anjuran Menarik Di Bau secara FB Live Streaming seperti ketetapan berikut:
- Tarikh: 22 Jun 2021 (Ahad)
- Masa: 11.10 pagi
- Pembangunan Aplikasi dan Web
MDB Talk Series merupakan sebuah program baru yang dianjurkan oleh pihak FB Page MDB di bawah kelolaan Pusat Ekonomi Digital Komuniti di Daerah Bau sebagai platform untuk menampilkan dan berkolaborasi bersama pihak luar / industri dalam menghasilkan perbincangan mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi / inovasi, keusahawanan dan lain-lain. Program Sembang Digital ini telah mengetengahkan informasi penting berkenaan dengan asas pembangunan sesebuah aplikasi dan web yang telah disampaikan oleh Cik Jessica, Pengurus PIK Tanjong Bowang. Antara sub-topik penting yang dibincangkan ialah:
- Asas komponen Website
- Prosedur pembikinan Website
- Jenis-jenis Website
- Manfaat Website
- Pengalaman asas pembangunan aplikasi Android
Beliau turut telah berkongsi berkenaan perjalanan dan pengalaman beliau membangunkan aplikasi Android yang dikenali sebagai Road-Go (Roadside Assistance App) yang telah memperoleh Silver Award di dalam Innovation Technology (InTex) 2019 dan Malaysia Technology Expo (MTEC) 2021. Beliau turut berkongsi dengan asas pembuatan Lean Canvas dalam menjadikan sesebuah aplikasi itu mempunyai kebolehpasaran ke dalam industri komersial. Kakitangan Pusat Ekonomi Digital Komuniti daerah Bau turut mengambil peluang untuk sesi soal jawab di penghujung program.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: