Kelas ICT (Typingclub.com) & Klik Dengan Bijak
26 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2022, PEDi Krokong telah mengadakan Kelas ICT Dan Klik Dengan Bijak iaitu menggunakan aplikasi Typingclub.com. Aplikasi ini membolehkan peserta belajar menaip dengan laju serta memahirkan mereka menggunakan papan kekunci. Dua orang peserta yang merupakan ahli PEDi ini juga diminta untuk melakukan latihan menaip selepas penerangan tentang Typingclub.com.Peserta kemudiannya mendengar taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dibawah topik Maklumat Palsu untuk memastikan mereka lebih berhati-hati serta bertanggungjawab dengan maklumat yang diperolehi ketika melayari internet.
Kelas yang berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang.
Terima kasih kerana menggunakan fasiliti di PEDi Krokong. Kepada semua warga kampung Krokong dan kampung berdekatan, kami berbesar hati menerima anda semua yang menghadapi masalah untuk sesi PDPR. Pelajar boleh menggunakan WIFI komuniti dan juga komputer di PEDi Krokong dengan kadar yang murah. Hanya mendaftar sebagai ahli di PEDi Krokong dan diberi percuma 1 jam sehari untuk penggunaan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: