Kelas Bimbingan Pelajar Mencari Bahan Pembelajaran
18 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2022, kakitangan PEDi Krokong telah mengadakan sebuah Kelas ICT bersama dengan dua orang pelajar sekolah menengah.
Di dalam kelas ini, pelajar tersebut telah didedahkan dengan mengenai aplikasi laman Google dan pelajar tersebut juga telah diajar untuk memuat turun bahan pembelajaran yang ada di dalam laman sesawang.Di samping itu, kakitangan PEDi Krokong turut menyelitkan kesedaran kepada pelajar agar sentiasa berhemah dan berhati-hati dalam penggunaan Internet terutamanya di laman Youtube.
Terima kasih diucapkan kepada dua orang pelajar ini kerana telah hadir ke PEDi Krokong dan semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat.
Selamat maju jaya diucapkan !.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: