Kelas Membuat Poster Dengan Menggunakan Canva
24 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniKelas Membuat Poster Dengan menggunakan Canva yang bertemakan sekolahku sejahtera ini telah diadakan pada 23 Julai 2022, hari Sabtu bertempat di PEDi Krokong.
Canva merupakan satu platform atau aplikasi untuk reka bentuk grafik yang percuma dan boleh diakses dengan mudah melalui laman web atas talian atau melalui telefon mudah alih. Selain itu, Canva lebih mudah untuk dipelajari dan kerja-kerja reka bentuk grafik dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.
Antara topik yang diajar dalam kelas ini adalah:
- Pengenalan kepada Canva (www.canva.com).
- Pendaftaran akaun Canva.
- Mengenali Menu dan Fungsi Canva.
- Penggunaan Templates, Texts, Fonts, Colors, Images, Backgrounds, Layouts and Shapes.
- Cara membuat Poster menggunakan Canva.
- Cara membuat Poster bertemakan sekolahku sejahtera menggunakan Canva.
Kelas yang berlangsung selama 4 jam bermula pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari ini telah dihadiri oleh 1 orang ahli PEDi Krokong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: