Perkongsian Advokasi Topik Penipuan Kewangan
29 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2022, kakitangan PEDi Krokong telah taklimat ringkas berkenaan dengan Topik Penipuan Kewangan. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi kesedaran tentang satu bentuk penipuan yang melibatkan aliran keluar masuk tunai sama ada secara dalam talian atau luar talian. Kini, penipuan kewangan atau lebih mesra dikenali sebagai ‘scam’ telah menjadi trend yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Seramai 31 peserta telah menghadiri taklimat ini.
Di dalam taklimat ini, peserta telah didedahkan dengan perkongsian jenis penipuan:
- Bayaran pendahuluan / prabayaran
- Beli-belah Misteri
- Bayaran Lebih
- Pekerjaan
- Loteri / hadiah
- Harta sewaan
Terima kasih diucapkan kepada semua para peserta yang telah menyertai dan diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan berguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: