Ujian UKM1 Pelajar Sk Puak
21 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mei 2022 (Jumaat),Ujian UKM1 merupakan usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan, USIM.Ujian UKM1 merupakan ujian dalam talian yang terbuka dan pelajar sekolah rendah dari Sk Puak telah menjalani ujian ini. Ujian UKM1 ini telah diadakan di PEDi Krokong yang disertai pelajar tahun 4,5 dan 6 Sk Puak dan bermula dari jam 10:30 pagi hingga 11:30 pagi.Seramai 29 orang pelajar Sk Puak yang terlibat. Terima kasih kepada semua Cikgu dari Sk Puak dan pelajar kerana menggunakan fasiliti dan kemudahan komputer yang ada di PEDi Krokong ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: